Warner Bros. baharu sahaja mengumumkan yang tarikh tayangan filem Shazam! Fury of the Gods terpaksa ditunda lagi!

Filem Shazam! Fury of the Gods yang pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada 16 Disember 2022, kini telah ditunda ke 21 Disember 2022. Fuhh, nasib baik tak lama sangat. Ianya bagi memberi laluan kepada filem Avatar: The Way of Water yang akan ditayangkan pada 16 Disember 2022, mengambil alih slot asal yang dikosongkan oleh Shazam! Fury of the Gods.

BERKAITAN: DC Umum Penangguhan Tarikh Tayangan Filem The Flash Dan Aquaman and the Lost Kingdom

Shazam! Fury of the Gods akan kembali dibintangi oleh Asher Angel dan Zachary Levi sebagai Billy Batson/ Shazam, selain barisan pelakon seperti Jack Dylan Grazer dan Adam Brody sebagai Freddy; Faithe Herman dan Meagan Good sebagai Darla; Ian Chen dan Ross Bulter sebagai Eugene; Grace Fulton sebagai Mary; Jovan Arman dan D.J. Cotrona sebagai Pedro; Marta Milans dan Cooper Andrews.

BERKAITAN: Tarikh Tayangan Filem Shazam 2 Ditunda Ke November 2022

Sambungan kepada filem Shazam (2019) itu akan menyaksikan penampilan musuh dan ancaman baharu kepada keluarga Shazam seperti kemunculan watak anak-anak perempuan dewa Atlas iaitu Hespera dan Kalypso, yang akan dilakonkan oleh Helen Mirren dan Lucy Liu. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post