Warner Bros. telah menunda tarikh tayangan filem Shazam 2 ke November 2022 akibat wabak COVID-19


Akibat penularan wabak COVID-19, banyak studio perfileman yang terkesan. Terbaharu, Warner Bros. telah menunda dan melewatkan tarikh tayangan filem Shazam 2. Filem berkenaan ditunda selama 7 bulan, dengan tarikh tayangan terbaharu dijadualkan pada bulan November 2022, secara tepatnya pada 4 November 2022.



Walau bagaimanapun, dilihat kepada perkembangan semasa akibat COVID-19, berkemungkinan tarikh tayangan Shazam 2 akan berubah lagi di masa akan datang sekiranya wabak berkenaan beransur pulih ataupun menjadi semakin teruk.


Walaupun penundaan ini dilihat sebagai langkah berjaga-jaga susulan COVID-19, ini bermakna pasukan kreatif Shazam 2 mempunyai lebih masa untuk mempersiapkan filem Shazam 2 menjadi lebih baik dari filem terdahulu. Filem Shazam sebelum ini dilihat berjaya mendefinisikan semula watak Shazam, yang mana sememangnya dinantikan kemunculannya di layar perak oleh peminat komik DC dan berjaya berdiri sendiri sebagai sebuah filem solo tanpa bergantung kepada filem DC lain, seperti mana kejayaan filem pertama Wonder Woman.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post