Tarikh tayangan Venom: Let There Be Carnage turut diumumkan


Studio perfileman Sony telahpun mengumumkan tajuk rasmi untuk filem Venom 2. Filem berkenaan akan menggunakan tajuk Venom: Let There Be Carnage. Sony turut mengumumkan tarikh tayangan baharu filem Venom: Let There Be Carnage, yang dijadualkan untuk tayangan pada 25 Jun 2021. Sebagai rekod, filem Venom 2 sebelum ini telah dijadualkan untuk tayangan pada 2 Oktober 2020.




Venom: Let There Be Carnage akan diarahkan oleh Andy Serkis, yang merupakan penglibatan pertamanya mengarahkan filem berdasarkan watak komik. Sebelum ini, beliau melakonkan watak Ulysses Klaue, penyeludup Vibranium dari Wakanda yang menjualnya di pasaran gelap. Kali terakhir watak Klaue dilihat adalah dalam filem Black Panther, di mana beliau menemui ajal di tangan N'Jadaka/ Golden Jaguar.

Tom Hardy kembali melakonkan watak Eddie Brock dalam filem Venom: Let There Be Carnage. Manakala watak Cletus Kasady, atau Carnage, yang sebelum ini ditampilkan di penghujung filem Venom, bakal dilakonkan oleh Woody Harrelson sebagai musuh utama Venom untuk filem ini.


Filem Venom sebelum ini mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak USD855 juta walaupun mendapat maklum balas yang bercampur baur di kalangan para peminat komik. 

Post a Comment

Previous Post Next Post