Filem Scoob! merupakan antara filem Warner Bros. yang terkesan akibat COVID-19


Trailer filem animasi terbaharu Scooby Doo, bertajuk Scoob! telah diperlihatkan, menampilkan jalan cerita yang tidak pernah ditunjukkan sebelum ini. Saksikan trailer filem Scoob! di bawah : 


Scoob! mengisahkan tentang persahabatan antara Scooby dan Shaggy ketika mereka mula-mula bertemu, dan bagaimana mereka mengganggotai pasukan Mystery Inc. bersama-sama penyiasat muda bernama Fred, Velma dan Daphne. Dengan kejayaan menyelesaikan banyak kes-kes paranormal dan pelik, kini Scooby dan rakan-rakan berhadapan dengan misteri terbaharu, di mana terdapat perancangan untuk melepaskan hantu anjing berupa Cerberus untuk mengancam dunia.  

Scoob! dibintangi oleh Will Forte (sebagai suara watak Shaggy), Mark Wahlberg (sebagai suara Blue Falcon, Jason Isaacs (sebagai suara Dick Dastardly) Gina Rodriguez (sebagai suara Velma), Zac Efron (sebagai suara Fred) dan Amanda Seyfried (sebagai suara Daphne). Frank Welker pula akan memberikan suara watak Scooby-Doo. 

Scoob! diarahkan oleh Tony Cervone, dan pada awalnya dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 14 Mei 2020. Walau bagaimanapun, akibat penularan wabak COVID-19, Warner Bros. memutuskan untuk menayangkan filem Scoob! terus ke saluran penstriman dan lain-lain platform tanpa ditayangkan di pawagam.

Post a Comment

Previous Post Next Post