Marvel Studios Menangguhkan Tayangan Filem Doctor Strange In The Multiverse Of Madness Ke Tahun 2022

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sekarang ini bukanlah kecil, sehingga memaksa hampir kesemua studio perfileman menangguhkan jadual penggambaran dan tayangan filem-filem mereka. Terbaharu, Marvel Studios telah mengumumkan penangguhan tarikh tayangan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness. Filem lakonan Benedict Cumberbatch itu pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada musim panas tahun 2021, lebih awal dari jadual asal iaitu pada 5 November 2021. Namun, kini filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness bakal ditunda kepada 25 Mac 2022.



Slot tarikh tayangan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness sebelum ini, iaitu 5 November 2021, sebaliknya akan diisi dengan filem ketiga Spider-Man hasil kerjasama Marvel Studios dan Sony. 

Pada awalnya, Marvel Studios kekal yakin dapat mengekalkan tarikh tayangan filem-filem mereka, termasuklah filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness sepertimana perancangan asal. Namun, penularan wabak COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda-tanda pengurangan telah memaksa Marvel menyusun semula jadual tayangan filem-filem dalam senarai Marvel Cinematic Universe Phase 4. Sam Raimi akan mengarahkan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness


Selain pengumuman tarikh baharu tayangan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, Marvel Studios turut mengumumkan tarikh tayangan terbaharu ilem-filem mereka seperti berikut :

Thor: Love and Thunder : 11 Februari 2022
Spider-Man 3 : 5 November 2021
The Eternals : 12 Februari 2021
Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings : 7 Mei 2021


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post