Disney Mengutip Keuntungan Bersih Sebanyak USD900 Juta Untuk Filem Avengers: Endgame


Umum mengetahui bahawa sambutan terhadap filem Avengers: Endgame sangatlah menggalakkan, dan filem-filem MCU juga merupakan 'lubuk duit' buat Disney. Tetapi tahukah anda, Disney mencatatkan keuntungan bersih sebanyak USD 900 juta untuk filem Avengers: Endgame? Itulah yang dilaporkan oleh Deadline, dimana Avengers: Endgame dihasilkan dengan kos sebanyak USD511 juta, dan akhirnya mencatatkan kutipan sebanyak USD2.797 bilion di seluruh dunia. 



Jika itu tidak mengejutkan. lihatlah pula 'keuntungan' yang dicatatkan oleh Robert Downey Jr. yang melakonkan watak Tony Stark/ Iron Man, di mana kali terakhir dilihat di layar perak setelah mengorbankan dirinya di penghujung filem Avengers: Endgame. Beliau dilaporkan menerima imbuhan sebanyak USD75 juta hasil muncul dalam filem tersebut! 


Avengers: Endgame kini mencatatkan sejarahnya tersendiri sebagai filem yang mencatatkan kutipan paling tinggi sepanjang zaman, mengalahkan filem Avatar di tempat kedua. Avengers: Endgame melepasi rekod kutipan USD1 bilion dalam masa hanya 5 hari, dan USD2 bilion dalam masa hanya 11 hari! 

Adakah filem terbaharu Avatar nanti akan berjaya merampas semula kedudukan takhta Avengers: Endgame? Sama-sama kita nantikan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post