Sam Raimi mengesahkan beliau akan mengarahkan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Pengarah filem Sam Raimi telah mengesahkan yang beliau akan mengarahkan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness yang merupakan salah satu filem dalam senarai Marvel Cinematic Universe Phase 4. Ini selepas susulan laporan oleh Variety yang melaporkan pengarah filem Doctor Strange, Scott Derrickson dan Marvel telah "tidak sependapat" untuk jalan cerita filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, menyebabkan beliau menarik diri dari mengarahkan filem sambungan Doctor Strange itu. Walaupun begitu, beliau akan kekali bertindak sebagai penerbit eksekutif untuk filem berkenaan.



Sam Raimi dikenali melalui pengarahannya dalam filem trilogi Spider-Man sebelum ini yang menampilkan Tobey Maguire sebagai Peter Parker/ Spider-Man. Tidak lama selepas pengumuman penarikan diri Derrickson, Sam Raimi dikhabarkan telah dihubungi oleh Marvel untuk mengarah filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness

Walaupun Marvel Studios masih belum mengesahkan penglibatannya, namun kini Raimi sendiri telah mengesahkan beliau sebagai pengarah filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness


Raimi telah mengesahkan perkara tersebut melalui beberapa sumber, termasuk portal ComingSoon, ketika mempromosikan siri terbaharunya 50 States of Fright, yang di akan mengarahkan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, menyambung kerjasamanya dengan Marvel sebelum ini.
 

Benedict Cumberbatch akan menyambung wataknya sebagai Doctor Stephen Strange, dengan pelakon lain seperti Chiwetel Ejiofor, Rachel McAdams, dan Benedict Wong dijangka turut tampil menyambung watak-watak mereka dari filem terdahulu. Watak-watak lain seperti Scarlet Witch/ Wanda Maximoff (lakonan Elizabeth Olsen) turut disahkan akan tampil dalam filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness.

Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan ditayangkan di pawagam pada 7 Mei 2021.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post