Musim akhir Agents Of S.H.I.E.L.D. akan menampilkan pelakon dari siri Agent Carter 


Selepas hampir 4 tahun tayangan musim kedua dan terakhir siri TV Agent Carter pada tahun 2016, kini diumumkan musim ke-7 (dan musim terakhir) siri TV Agent of S.H.I.E.L.D. akan menampilkan acara khas berkaitan siri Agent Carter


Dalam satu temuramah, Jed Whedon menyatakan :

“One of the things we think is so fun — especially with Coulson, who’s just a fanboy for S.H.I.E.L.D. history — is them just getting to walk right into [that history]. With Sousa, we had a good opportunity to hit that note with Agent Coulson. What’s unexpectedly, for me, really fun is that we realized once we got Coulson and [Sousa] in the same scene that they’re very similar.”


Agents of S.H.I.E.L.D. telah menyelesaikan penggambaran sebelum wabak COVID-19 melanda dan menyebabkan kebanyakan aktiviti penggambaran terpaksa ditangguhkan. Dalam episod terakhir musim terdahulu, kesemua mereka dihantar balik ke masa silam, iaitu ke bandaraya New York di tahun 1920-an.

Agents of S.H.I.E.L.D. dibintangi oleh Clark Gregg (sebagai ejen Phil Coulson), Ming-Na Wen (sebagai ejen Melinda May), Chloe Bennet (sebagai Daisy Johnson/ Quake), Iain De Caestecker (sebagai ejen Leo Fitz), Elizabeth Henstridge (sebagai ejen Jemma Simmons), Henry Simmons (sebagai ejen Alphonso “Mack” MacKenzie), dan Natalia Cordova-Buckley (sebagai ejen Elena “Yo-Yo” Rodriguez).


Musim ke-7 dan terakhir Agents of S.H.I.E.L.D. juga akan menandakan berakhirnya Marvel Television, yang telah diambil alih oleh Marvel Studios selepas Kevin Feige mengambil alih peranan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Marvel, memberikan Feige kawalan penuh terhadap produk Marvel di layar TV. Walaupun siri Agents of S.H.I.E.L.D. bakal berakhir, Ming-Na Wen (melakonkan watak Melinda May) dalam siri berkenaan memberikan bayangan yang watak berkenaan bakal muncul dalam projek-projek lain Marvel di masa akan datang. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post