Drama Flying Tiger 2 akan menampilkan pelakon filem Guardians Of The Galaxy dan Captain Marvel


Pelakon Hollywood yang terkenal kerana melakonkan watak Ronan the Accuser dalam filem Guardians Of The Galaxy dan Captain Marvel, iaitu Lee Pace, akan tampil dalam sebuah drama Hong Kong bertajuk Flying Tiger 2.


Saluran TVB yang menayangkan drama berkenaan menyatakan drama Flying Tiger 2 akan mula ditayangkan bermula 18 Mei ini, yang merupakan sambungan kepada drama aksi yang mula ditayang bermula pada tahun 2018. 

Flying Tiger 2 mengisahkan tentang sebuah unit anti pengganas yang ditubuhkan di bawah naungan Unit Tugas-Tugas Khas, yang mempunyai kepakaran dalam melatih perisik untuk menyelinap masuk ke dalam organisasi penjenayah. 

Flying Tiger 2 akan menampilkan semula pelakon asal seperti Michael Miu, Bosco Wong, Ron Ng, dan Oscar Leung.

Sumber dari Cinema Online

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post