Joss Whedon Dikhabarkan Sedang Berbincang Dengan Marvel Studios Untuk Penghasilan Filem Fantastic Four?


Semenja penggabungan studio perfileman 20th Century Fox dan Disney dimuktamadkan pada tahun lalu, watak-watak dari komik X-Men dan Fantastic Four merupakan antara yang paling disebut-sebut untuk muncul buat pertama kalinya dalam filem terbaharu MCU nanti. Namun, antara kedua-dua filem tersebut, berkemungkinan filem Fantastic Four yang akan dihasilkan terlebih dahulu selepas diberikan bayangan oleh Presiden Marvel Studios, Kevin Feige di acara San Diego Comic-Con 2019. 



Baru-baru ini, peminat filem MCU berasa amat teruja apabila berita pelakon John Krasinksi yang merupakan pilihan utama peminat untuk melakonkan watak Reed Richards/ Mr. Fantastic, dilaporkan telah bertemu dengan pihak Marvel Studios untuk beberapa projek akan datang, berkemungkinan untuk filem Fantastic Four! Walau bagaimanapun, buat masa ini berita ini masih lagi dianggap sebagai khabar angin. Selagi belum disahkan oleh Marvel Studios, tiada cara lain bagi kami untuk mengesahkan berita tersebut. 


Whedon bukanlah nama asing dengan filem-filem bergenre superhero kerana pernah mengarahkan filem Avengers dan Avengers: Age of Ultron untuk Marvel Studios, dan Justice League untuk Warner Bros.  Sebelum ini, Whedon ada menyatakan yang beliau menolak tawaran mengarahkan filem Avengers: Infinity War kerana merasakan franais filem MCU sudah menjadi semakin besar dan khuatir tidak mampu 'mengendalikan' kesemua watak superhero dengan adil di layar perak.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post