Marvel Studios menggunakan Captain Marvel 2 sebagai asas untuk penghasilan filem New Avengers?


Ketika mengumumkan jadual tayangan filem-filem yang disenaraikan utuk MCU Phase 4 sebelum ini, Marvel Studios turut mengumumkan tarikh tayangan Captain Marvel 2 yang dijadualkan pada 8 Julai 2022. Selain daripada mengesahkan yang Brie Larson akan kembali melakonkan watak Carol Danvers/ Captain Marvel, tidak banyak yang diketahui tentang plot penceritaan filem Captain Marvel 2



Filem Captain Marvel berlatarkan era tahun 90-an (secara tepatnya 1995) di mana selain memberikan latar belakang watak Carol Danvers, ianya turut memberikan sepintas lalu tentang bagaimana Nick Fury mencetuskan idea Avenger Initiative. Berkemungkinan filem terbaharu Captain Marvel nanti akan mengambil latar di tahun semasa pula, mungkin selepas kejadian yang berlaku dalam filem Avengers: Endgame.  

Berdasarkan laporan oleh Jeremy Conrad dari MCU Cosmic, Marvel Studios berkemungkinan akan menggunakan filem Captain Marvel 2 sebagai asas untuk penghasilan filem New Avengers. Malahan, Conrad turut melaporkan yang Spider-Man dijangka akan muncul dalam filem kelima Avengers!


Dengan perkembangan terbaharu ini, ditambah dengan apa yang berlaku di penghujung filem Avengers: Endgame, dapat disimpulkan bahawa berkemungkinan watak-watak baharu akan ditampilkan untuk membarisi filem-filem MCU di masa akan datang. Presiden Marvel Studios, Kevin Feige juga telah mengesahkan yang Captain Marvel akan bertindak sebagai watak utama untuk Marvel Cinematic Universe di masa akan datang.

Walaupun dalam Avengers: EndgameCaptain Marvel ditampilkan sebagai seorang yang suka bertndak seorang diri dan tidak gemarkan tugas berpasukan. Jadi mungkin inilah peluang Marvel Studios untuk menonjolkan pasukan Avengers baharu dalam filem Captain Marvel 2 dan Avengers 5 yang diketuai oleh Captain Marvel. Dengan kematian Tony Stark/ Iron Man dan ketiadaan Steve Rogers/ Captain America, mungkin boleh ditunjukkan perubahan Carol Danvers yang sebenarnya berupaya mengetuai pasukan superhero baharu.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post