Warner Bros telah meminda tarikh tayangan filem solo The Flash kepada 3 Jun 2022 berbanding jadual asal pada 1 Julai 2022

Warner Bros. telah mengumumkan pindaan tarikh tayangan filem The Flash, meletakkannya sebulan lebih awal dari tarikh tayangan yang diumumkan sebelum ini. Jika sebelum ini filem The Flash dijadualkan untuk tayangan pada 1 Julai 2022, kini jadual terbaharu meletakkan tarikh tayangan The Flash pada slot tarikh 3 Jun 2022.



Semenjak Ezra Miller dipilih melakonkan watak Barry Allen/ The Flash dan muncul dalam filem Justice League, para peminat sememangnya teruja menantikan filem solo The Flash. Walaupun begitu, filem berkenaan berhadapan dengan pelbagai masalah, menyebabkannya tergendala sejak sekian lama. 


Filem solo The Flash yang berkait dengan DCEU telahpun dalam pembangunan sejak 2015 lagi. Namun, pengarah yang datang silih berganti dan beberapa perubahan lakon layar menyebabkan filem berkenaan tertangguh dan mengambil masa yang lama untuk dimulakan. Satu ketika, dikhabarkan yang filem solo The Flash akan mengambil tema siri komik Flashpoint. Walau bagaimanapun, siri TV The Flash terbitan The CW telah terlebih dahulu menampilkan jalan cerita Flashpoint, menyebabkan masih belum jelas samada perancangan tersebut akan kekal ataupun tidak.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post