Warner Bros. telah mengumumkan tarikh tayangan baharu beberapa filem akan datang dalam senarai mereka. Dikenali di kalangan peminat sebagai DC Extended Universe (DCEU), antara filem yang terkesan termasuklah Aquaman and the Lost Kingdom dan The Flash

Filem The Flash yang asalnya dijadualkan tayangan pada 4 November 2022, kini telah 'ditolak' untuk tayangan pada 23 Jun 2023. Ditunjangi Ezra Miller, The Flash turut menampilkan pelakon seperti Ron Livingston, Kiersey Clemons, Michael Shannon, Antje Traue, Sasha Calle, Ben Affleck, dan Michael Keaton sebagai Batman

Seterusnya, filem Aquaman and the Lost Kingdom arahan James Wan, yang pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada 16 Disember 2022, kini dijadualkan untuk tayangan pada 17 Mac 2023. Ianya dibintangi oleh Jason Momoa, Patrick Wilson, Amber Heard, Yahya Abdul-Mateen II, Randall Park, Temuera Morrison, Dolph Lundgren, danNicole Kidman. 

Berlainan pula dengan filem Shazam! Fury of the Gods di mana tarikh tayangan diawalkan pula dari 2 Jun 2023 ke 16 Disember 2022, mengambil alih tarikh tayangan asal filem Aquaman and the Lost Kingdom. Filem tersebut dibintangi Zachary Levi, Rachel Zegler, Helen Mirren, Lucy Liu, Jack Dylan Grazer, Djimon Hounsou, dan Asher Angel. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post