Pengarah Shawn Levy dilaporkan kini dalam perbincangan bersama Marvel Studios untuk mengarahkan filem Deadpool 3, dengan Ryan Reynolds akan menyambung kembali wataknya sebagai Wade Wilson/ Deadpool yang cukup sinonim dengan dirinya itu. Sebelum ini, kedua-dua figura itu pernah bekerjasama dalam filem Free Guy The Adam Project, yang kini sedang ditayangkan di Netflix.

BERKAITAN: Ryan Reynolds Mengesahkan Penghasilan Filem Deadpool 3

Penghasilan filem Deadpool 3 semestinya akan menjadi menarik, kerana ini adalah filem Deadpool pertama yang dihasilkan selepas Disney mengambil alih kepentingan dalam studio perfileman 20th Century Fox, yang sebelum ini menerbitkan filem Deadpool dan Deadpool 2. Sebagai sebuah saluran beridentitikan keluarga, sudah tentunya banyak mata yang memandang dan menantikan pengkisahan filem Deadpool (yang terkenal ganas) dari sudut pandang Disney, yang lebih berorientasikan keluarga.

BERKAITAN: Akhirnya Penggabungan Disney Dan 20th Century Fox Selesai Dimuktamadkan!

Dua filem Deadpool terdahulu mencatatkan kutipan box-office, merekodkan kutipan melebihi USD1.5 bilion. Filem Deadpool dan Deadpool 2 dihasilkan berdasarkan watak dari komik Marvel karya Fabian Nicieza and Rob Liefeld.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post