Di acara CinemaCon beberapa hari lalu, Warner Bros. Pictures telah memperlihatkan logo terbaharu untuk filem The Flash arahan Andy Muschietti. Filem bermasalah yang telah beberapa kali ditunda itu dijadualkan untuk tayangan pada 23 Jun 2023.

Filem The Flash akan menyaksikan Ezra Miller kembali melakonkan watak Barry Allen/ The Flash, setelah tampil buat kali pertama dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justice, disusuli dengan Justice League dan Zack Snyder’s Justice League. Ezra jumpa tampil sebagai cameo dalam siri TV saluran The CW untuk acara crossover Crisis on Infinite Earths, di mana watah The Flash lakonannya bertemu dengan watak The Flash lakonan Grant Gustin (dari siri TV The Flash).

Selain Ezra, filem The Flash turut dibintangi Kiersey Clemons (sebagai Iris West), Maribel VerdĂș (sebagai Nora Allen), Sasha Calle (sebagai Supergirl), selain menampilkan Michael Keaton dan Ben Affleck yang akan melakonkan versi mereka untuk watak Bruce Wayne/ Batman.

BERKAITAN: Warner Bros. Dan DC Menghentikan Penglibatan Ezra Miller Dalam Filem Akan Datang?

Untuk rekod, filem The Flash ini telah beberapa kali ditunda akibat COVID-19 dan lain-lain masalah yang dialami. Malahan, pelakon utamanya, Ezra Miller juga mempunyai masalahnya sendiri dan telah 2 kali ditahan polis akibat melakukan kacau ganggu, sehingga memaksa para eksekutif di Warner Brosl untuk melihat semula kerjasama antara mereka. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post