Michael Keaton Kembali Menyarungkan Sut Batman Dalam Filem Baharu The Flash?

Filem solo The Flash yang berkait dengan DCEU telahpun dalam pembangunan sejak 2015 lagi. Namun, pengarah yang datang silih berganti dan beberapa perubahan lakon layar menyebabkan filem berkenaan tertangguh dan mengambil masa yang lama untuk dimulakan. Pada tahun 2019, pengarah, Andy Muschietti telah dipilih untuk mengarahkan filem The Flash. Terbaharu, dilaporkan yang Michael Keaton bakal menyarung semula sut Batman untuk muncul dalam filem The Flash



Sumber dari The Wrap telah melaporkan yang Warner Bros. kini sedang mengadakan perbincangan dengan Michael Keaton untuk menyanbung wataknya sebagai Batman, dan tampil dalam filem The Flash. Adakah ini merupakan cara Warner Bros. untuk memperkenalkan konsep multiverse dalam DCEU? Apatak lagi, konsep multiverse telahpun ditampilkan dalam beberapa siri TV berkait watak DC Comics seperti Arrow, Supergirl, dan The Flash sebelum muncul dalam siri crossover khas, Crisis on Infinite Earths. Cara yang sama juga digunakan untuk menghubungkan siri TV dengan filem Justice League, apabila The Flash (versi filem, lakonan Ezra Miller) bertembung dengan The Flash (versi TV, lakonan Grant Gustin) dan mengesahkan kewujudan pasukan Justice League dan Wonder Woman.


Pertama kali Keaton menyarungkan sut Batman adalah dalam filem Batman (1989) arahan Tim Burton, yang disifatkan sebagai filem adaptasi komik yang sangat berjaya pada ketika itu dan membuka jalan kepada penghasilan filem adaptasi komik yang kita kenali dan minati pada masa kini. Malah lakonannya dianggap sebagai antara pembawakan watak Batman yang terbaik. 

Pada tahun 1992, Keaton kembali sebagai Bruce Wayne/ Batman dalam filem Batman Returns (juga diarahkan oleh Burton), sebelum mengundurkan diri dari francais filem Batman. Kerusi pengarah untuk filem ketiga dan keempat diambil alih oleh Joel Schumacher, yang memilih Val Kilmer sebagai Batman dan filem ketiga (Batman Forever) dan George Clooney dalam filem keempat (Batman & Robin).


Filem The Flash telah dijadualkan untuk tayangan pada 1 Julai 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post