Tarikh Tayangan Filem Mulan Ditukar Sekali Lagi


Sekali lagi, Walt Disney Pictures telah menukar dan menunda tarikh tayangan filem Mulan. Awalnya dijadualkan pada 27 Mac, kemudiannya pada 24 Julai, dan kini, tarikh tayangan filem Mulan ditunda lagi ke 21 Ogos pula. 



Seperti mana filem versi animasi yang ditayangkan pada 1998, Mulan mengisahkan tentang seorang wanita muda bangsa China yang menyamarkan diri menjadi seorang lelaki untuk berkhidmat dalam pasukan tentera, menggantikan tempat bapanya.

Mulan dibintangi oleh Liu Yifei (sebagai Mulan), Donnie Yen (sebagai Komander Tung), Jason Scott Lee (sebagai Böri Khan), Yoson An (sebagai Cheng Honghui), Gong Li (sebagai Xianniang), dan penampilan khas Jet Li sebagai Maharaja China.

Mulan diarahkan oleh Niki Caro dan kini dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 21 Ogos 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post