Akhirnya tajuk rasmi filem Mission: Impossible 7 dan Mission Impossible 8 diumumkan! Pengumuman tersebut dilakukan oleh bintang utamanya, aktor Tom Cruise sewaktu pembentangan panel Paramount di acara CinemaCon.

Pengumuman tersebut menyatakan tajuk yang akan digunakan untuk filem ke-7 dalam francais Mission Impossible adalah Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One, dijadualkan untuk tayangan pada 14 Julai 2023.

Manakala filem ke-8 akan dikenali dengan tajuk Mission: Impossible – Dead Reckoning Part Two, dan dijadualkan untuk tayangan pada 28 Jun 2024.

BERKAITAN: Filem Mission Impossible 7 Dan 8 Ditunda Lagi?

Selain Tom Cruise dan Hayley Atwell, filem Mission Impossible - Dead Reckoning turut dibintangi oleh Rebecca Ferguson, Simon Pegg, Ving Rhames, Vanessa Kirby, dan Henry Czerny,selain menampilkan beberapa muka baharu seperti Shea Whigham, Pom Klementieff dan Esai Morales yang  akan menggantikan Nicholas Hoult sebagai watak penjahat utama.

Francais filem Mission: Impossible telahpun bertahan selama 25 tahun dan telah menghasilkan 6 buah filem, dengan tarikan utamanya adalah aksi lagak ngeri yang semakin mendebarkan di setiap filem sambungannya. Filem terbaharunya, iaitu Mission Impossible: Fallout, mencatatkan kutipan lebih USD790 juta di seluruh dunia.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post