Akhirnya tajuk rasmi filem Avatar 2 telah diumumkan, beserta tarikh tayangan rasmi!

Sambungan filem Avatar (2009) itu diberi tajuk Avatar: The Way of Water, dan dijadualkan untuk tayangan pada 16 Disember 2022. Manakala trailer rasmi akan ditayangkan sebelum tayangan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness

BERKAITAN: Saksikan Gambar-Gambar Konsep Dari Filem Avatar 2 Arahan James Cameron

Sinopsis rasmi Avatar: The Way of Water adalah seperti berikut:

“Set more than a decade after the events of the first film, Avatar: The Way of Water begins to tell the story of the Sully family (Jake, Neytiri, and their kids), the trouble that follows them, the lengths they go to keep each other safe, the battles they fight to stay alive, and the tragedies they endure”.

Menariknya, memandangkan jarak masa yang agak lama antara filem terdahulu dan sambungan filem Avatar ini, 20th Century Studios juga akan menayangkan semula filem Avatar (2009) di pawagam terpilih mulai 23 September 2022.

BERKAITAN: Pelakon Utama Filem Avatar 2 Selesai Menjalani Penggambaran - Bakal Ditayangkan Pada 2020

Pelakon yang disahkan membintangi Avatar: The Way of Water adalah Kate Winslet, Edie Falco, Michelle Yeoh, Vin Diesel, Jemaine Clement, dan Oona Chaplin, selain barisan pelakon filem asal seperti Sam Worthington, Zoe Saldana, Joel David Moore, Dileep Rao, Stephen Lang, Matt Gerald, dan Sigourney Weaver.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post