Warner Bros. Pictures telah mengumumkan tarikh tayangan untuk filem terbaharu mereka, iaitu filem Barbie yang dibintangi oleh Margot Robbie.

Warner Bros. mengumumkan yang tarikh tayangan filem Barbie telah dijadualkan pada 21 Julai 2023. Selain pengumuman tarikh, studio perfileman tersebut turut memperlihatkan gambar pandang pertama Margot Robbie sebagai Barbie.


BERKAITAN: Ryan Gosling Sebagai Ken Dalam Filem Barbie - Gambar Pandang Pertama Diperlihatkan!

Selain Margot Robbie, barisan pelakon yang akan membintangi filem Barbie adalah Ryan Gosling (sebagai Ken), America Ferrera, Simu Liu, Kate McKinnon, Ariana Greenblatt, Issa Rae, dan Will Ferrell.

Filem Barbie menandakan kerjasama terbaharu antara Margot Robbie dengan Warner Bros. Pictures selepas muncul sebagai Harley Quinn dalam filem Suicide Squad (2016), Birds of Prey (2020), dan The Suicide Squad (2021).


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post