Gambar pandang pertama Ryan Gosling sebagai Ken dalam filem Barbie arahan Greta Gerwig kini diperlihatkan. Selain Ryan, filem Barbie akan turut dibintangi oleh Margot Robbie. Daripada gambar tersebut, dapat dilihat yang Ryan telahpun mewarnakan rambutnya dengan warna blonde. Saksikan gambar tersebut di bawah : 

Filem Barbie menampilkan Margot Robbie sebagai tunjang utama, selain turut bertindak sebagai produser. Ini menandakan kerjasama terbaharu antara beliau dengan Warner Bros. Pictures selepas muncul sebagai Harley Quinn dalam filem Suicide Squad (2016), Birds of Prey (2020), dan The Suicide Squad (2021).

Pada awalnya, filem Barbie dibangunkan oleh Sony Pictures, dengan Amy Schumer dan kemudiannya Anne Hathaway dikatakan akan membintangi filem tersebut. Namun setelah beberapa masalah timbul, ianya diambil alih oleh Mattel Films dan Warner Bros. Pictures.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post