Ketika sesi panel oleh Marvel Animation di acara San Diego Comic-Con pada Khamis lalu, Disney telah mengumumkan yang siri Disney+ What If…? secara rasminya akan kembali untuk musim kedua.

BERKAITAN: Musim Pertama Belumpun Ditayangkan, Tetapi Siri What If…? Telah Disahkan Untuk Musim Kedua

Musim kedua siri animasi What If…? itu dijangka akan ditayangkan pada 2023. Malah, Marvel turut mengesahkan yang musim ketiga What If…? turut akan dihasilkan dan dalam peringkat pembangunan, namun masih belum dinyatakan bilakah ianya akan ditayangkan.

What If…? Musim 1 merupakan siri animasi pertama Disney+, memperkenalkan buat pertama kalinya watak The Watcher dalam MCU, yang bertindak sebagai 'pencerita' untuk keseluruhan musim pertama. Siri tersebut menampilkan barisan pelakon asal MCU seperti Hayley Atwell, Chadwick Boseman, Chris Hemsworth, Benedict Cumberbatch, Michael B. Jordan, Sebastian Stan, Josh Brolin, Mark Ruffalo, Tom Hiddleston, Samuel L. Jackson, Natalie Portman, Paul Rudd, Tilda Swinton, Taika Waititi, Danai Gurira, Paul Bettany dan Rachel McAdams, yang memberikan suara kepada watak versi animasi lakonan mereka.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post