SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Saturday, December 21, 2019

Musim Pertama Belumpun Ditayangkan, Tetapi Siri What If…? Telah Disahkan Untuk Musim Kedua


Musim Pertama Belumpun Ditayangkan, Tetapi Siri What If…? Telah Disahkan Untuk Musim Kedua


Awal tahun ini, Marvel Studios telah mengesahkan yang siri What If…? akan menjadi siri animasi pertama studio tersebut untuk saluran penstriman Disney+. Siri tersebut mengambil inspirasi dari komik dengan tajuk yang sama,  yang berlatarkan kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya dunia superhero Marvel mengambil tempat di dunia dan latar yang berbeza. Walaupun musim pertama siri What If...? hanya akan ditayangkan pada tahun 2021, di acara CCXP awal bulan ini, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige telah mengesahkan yang musim kedua siri berkenaan telahpun dalam proses pembikinan!

Menerusi laman BuzzFeed Brazil, Feige dipetik sebagai berkata

“I’m very happy that we’re doing a What If…? series for Disney+ right now. I’ve seen most of them. We have ten for season 1. We’re already working on the next ten for season 2."

Feige turut dipetik sebagai berkata, episod pertama siri What If...? akan menampilkan garis masa di mana Peggy Carter yang menerima serum Super Soldier Serum dan menjadi Captain Carter. Dalam garis masa berkenaan, Steve Rogers akan berjuang di samping Captain Carter dan mengenakan sut armor versi awal Iron Man. Haley Atwell akan bertindak sebagai pelakon suara dan menyambung wataknya sebagai Peggy dalam episod tersebut.

Musim pertama siri What If…? hanya akan mula ditayangkan pada tahun 2021 di saluran penstriman Disney+.

No comments:

Post a Comment