Selepas Kutipan Kurang Memberangsangkan, Hak Penghasilan Filem LEGO Bertukar Tangan

Selepas prestasi yang kurang memberangsangkan untuk 2 filem berasaskan watak-watak LEGO di pawagam sebelum ini, kini dilaporkan yang hak penghasilan filem berkenaan telah bertukar tangan. Menurut laporan dari The Hollywood Reporter (THR), selepas Warner Bros., kini hak penghasilan filen LEGO telah berpindah kepada  Universal Pictures, menyaksikan studio berkenaan kini mempunyai hak eksklusif untuk menghasilkan filem berdasarkan watak-watak ikonik dari produk permainan LEGO yang telah berada dalam pasaran sejak 70 tahun lalu.



Filem pertama dalam francais berkenaan, bertajuk The LEGO Movie yang ditayangkan pada tahun 2014, mencatatkan kutipan memberangsangkan sebanyak USD468.1 juta. Walau bagaimanapun selepas itu, Warner Bros. bergelut untuk mencatkan kutipan yang baik untuk filem-filem seterusnya. Filem The LEGO Batman Movie (2017) hanya mencatatkan kutipan USD312 juta, manakala The LEGO Ninjago Movie yang ditayangkan 6 bulan selepas itu hanya mencatatkan kutipan USS123.1 juta. Tahun ini pula, filem The LEGO Movie 2: The Second Part paling terkesan apabila hanya mengutip USD191.3 juta walaupun bajet yang diperuntukkan untuk filem itu adakah sebanyak USD100 juta
Sebelum bertukar hak, Warner Bros. telah merancang untuk menghasilkan 2 lagi filem LEGO , iaitu The Billion Brick Race, dan sambungan filem The LEGO Batman Movie yang dijangka bakal ditayangkan pada tahun 2022. Selepas pemindahan hak tayangan ini, masih belum ada kepastian samada ianya akan berlaku ataupun tidak.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post