Selepas Iron Man, Robert Downey Jr. Kembali Sebagai Dr. Dolittle


Selepas tampil dalam filem Avengers: Endgame, kini Robert Downey Jr. kembali ke layar perak dengan membawakan watak seorang doktor haiwan. Studio perfileman Universal Pictures sebelum ini telahpun berkongsikan trailer filem Dolittle yang menampilkan RDJ sebagai watak utama. Saksikan trailer filem Dolittle di bawah :



Selain RDJ, filem Dolittle akan menampilkan pelakon suara seperti Octavia Spencer, Emma Thompson, Rami Malek, Craig Robinson, Kumail Nanjiani, John Cena dan Ralph Fiennes.

Filem Dolittle akan menampilan watak Dr. John Dolittle (RDJ), seorang doktor pakar veterinar yang kematian isterinya 7 tahun yang lalu, terpaksa mengembara mencari penawar untuk penyakit seorang permaisuri muda, dan dalam pengembaraan itu, bertemu dengan pelbagai kejadian dan makhluk yang mengagumkan. Selain beliau sendiri, pengembaraan tersebut turut dianggotai oleh pembantunya (lakonan Harry Collett) dan barisan haiwan eksotik peliharaanya, seperti seekor gorilla (disuarakan oleh Rami Malek), seekor itik (disuarakan Octavia Spencer), burung unta (disuarakan Kumail Nanjiani) dan beruang kutub (disuarakan John Cena).

Filem Dolittle turut menyenaraikan nama-nama besar seperti Antonio Banderas, Michael Sheen, Jim Broadbent, Marion Cotillard, Frances de la Tour, Carmen Ejogo, Ralph Fiennes, Selena Gomez, Tom Holland, dan Craig Robinson.

Filem Dolittle diarahkan oleh Stephen Gaghan, dan telah dijadualkan untuk tayangan pada 17 Januari 2020.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post