Sambungan Filem The LEGO Movie Akan Ditayangkan Pada 2017?

Walaupun filem The LEGO Movie baru saja ditayangkan hanya 2 minggu, ia terus menjadi hit. Dengan catatan keuntungan sebanyak lebih $200 juta di seluruh dunia, maka tidak pelik jika  Warner Bros. telahpun merancang untuk menghasilkan filem sambungannya pula.


Menurut sumber, khabarnya filem sambungan The LEGO Movie ini akan ditayangkan pada 26 Mei 2017. Masih belum ada jalan cerita dan pengesahan tentang kesinambungan filem ini daripada filem pertama, tetapi jika dilihat dari kejayaan filem pertama ini, pastinya ada perkembangan jalan cerita yang agak menarik nanti.

No comments:

Powered by Blogger.