Satu lagi ikonik bakal direboot semula. Kali ini, filem The Terminator pula akan direboot dengan watak Kyle Reese iaitu ayah kepada John Connor akan dibawa oleh pelakon Jai Courtney.


Menurut Variety, Courtney akan melengkapkan jaringan keluarga Connor dan menyertai Emilia Clarke (Sarah Connor) dan Jason Clarke (John Connor) dalam filem yang bakal diterbitkan oleh Paramount/Skydance. Seperti biasa, dan tidak lengkap filem Terminator tanpanya, pelakon Arnold Schwarzenegger kembali membawakan watak Terminator yang membawanya kepada status ikonik.

Khabarnya juga, filem yang diberi judul Terminator: Genysis ini akan diterbitkan dalam bentuk trilogi. Masih belum banyak yang didedahkan tentang projek filem ini, dan kami berharap penerbitan filem reboot ini tidak menambahkan kekeliruan kepada timeline francais filem Terminator yang dah sedia kalut sebelum ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post