Trailer bagi satu lagi filem reboot, iaitu Godzilla telah kami kongsikan sebelum ini. Dan daripada trailer itu, Godzilla a.k.a the original kaiju memang besar! Tetapi tiada gambar Godzilla dalam gambaran jelas perbandingannya dengan 'kemusnahan' yang dibawanya nanti.

Nyatanya, poster terbaru filem Godzilla di bawah ini membolehkan perbandingan tersebut dibuat.


Yahoo Movies telah berkongsikan poster terbaru ini yang menunjukkan Godzilla di tengah-tengah kemusnahan kota San Francisco. Dan menurut Yahoo lagi, bangunan di sekeliling Godzilla lebih kurang setinggi 48 tingkat, jadi anggarkanlah aendiri berapa tinggi pulak Godzilla dalam filem ini nanti.

Masalah besar ni sebab Gipsy Danger pun dah musnah. Macam mana cara nak menumpaskan Godzilla nanti?

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post