Kami pernah kongsikan sebelum ini poster-poster filem Captain America: The Winter Soldier yang menampilkan watak dari filem terdahulu seperti Cap sendiri, Nick Fury dan Black Widow.


Kali ini, kami kongsikan satu lagi watak superhero yang muncul dalam filem ini, iaitu Falcon. Watak yang dilakonkan oleh Anthony Mackie ini bukanlah watak baru dalam Marvel Comics, sebaliknya merupakan antara watak superhero yang terkenal dalam siri komik Marvel.

Watak yang dipaparkan dalam filem ini berbeza dari versi komik, di mana costume yang dipakai oleh watak ini di dalam komik berwarna merah dan putih. Mungkinkah bertujuan untuk menyesuaikannya dengan tema ketenteraan yang dibawakan oleh filem ini?


Daripada trailer, hanya sedikit yang dapat dilihat bilamana Falcon beraksi dengan sayap mekanikalnya. Mungkinkah peranan watak ini akan dikembangkan dan menjadi salah seorang ahli The Avengers dalam filemThe Avengers: Age Of Ultron nanti?

Sama-sama kita nantikan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post