Terima kasih sekali lagi kepada KLIPS untuk tiket free sempena premiere screening filem Non-Stop, diterajui oleh Liam Neeson.


Filem Non-Stop merupakan filem suspen mengisahkan satu kejadian yang berlaku di dalam sebuah penerbangan antarabangsa dari New York ke London yang mengambil masa selama 6 jam untuk ke destinasi - tanpa henti. Seorang Marsyal Udara,Bill Marks (Liam Neeson) ditugaskan untuk menjaga penerbangan tersebut. Satu kejadian berlaku di mana satu pesanan ringkas memintanya memasukkan USD 150 juta ke dalam satu akaun rahsia atau setiap penumpang akan dibunuh setiap 20 minit sekiranya permintaan tersebut tidak dipenuhi.


Mengesyaki rakan sekerjanya yang mungkin mahu bergurau kerana hanya mereka berdua sahaja boleh berkomunikasi dalam secure network tersebut, situasi bertambah tegang apabila melibatkan masalah peribadi Bill Marks sendiri yang alkoholik dan dia menjadi suspek utama oleh pegawai atasan TSA (Transportation Security Administration) kerana akaun di mana wang tebusan akan dipindahkan adalah akaunnya sendiri.

Setiap penumpang digeledah dan disyaki termasuk penumpang berambut merah di sebelahnya (Julianne Moore) yang sangat mahukan kerusi di tepi tingkap, menimbulkan lagi syak wasangka terhadapnya termasuk co-pilot penerbangan tersebut. Jadi siapakah sebenarnya dalang dalam kejadian penaklukkan penerbangan ini? Jom saksikan di pawagam yang terdekat bermula 27 Februari 2014.

Kami berikan 7.5 bintang untuk filem Non-Stop.


review oleh @ruzaimee

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post