Selepas hampir 5 bulan tertangguh, pengarah filem Fast & Furious 7,  James Wan, pelakon-pelakon dan krew-krew filem berkenaan akan kembali untuk menyambung penggambaran filem berkenaan pada bulan April ini.


Penggambaran filem ini dihentikan sementara selepas kemalangan ngeri yang meragut nyawa salah seorang bintangnya, Paul Walker. Menurut sumber dari Hollywood Reporter itu, filem itu akan memulakan penggambaran sekitar 1 April, yang akan memberikan James wan kira-kira setahun untuk menyiapkan filem ini sehinggalah tarikh tayangan yamg dijadualkan pada 10 April 2015.

Kira-kira separuh daripada keseluruhan filem tersebut telah siap penggambaran sebelum tragedi yang meragut nyawa Paul Walker. James Wan, penulis eksekutif Chris Morgan, dan Universal dilaporkan telah meneliti semula rakaman yang telah dibuat dan sudah membuat beberapa perubahan kepada skrip yang akan membolehkan watak Walker 'dibersarakan' dari siri filem ini dan bukannya mematikan terus watak Brian yang dibawakan dan dipopularkan oleh mendiang.

Apakah twist yang akan dibawakan oleh pengarah James Wan ini nanti? Sama-sama kita nantikan.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post