Cuti sekolah tiba lagi, dan sudah tiba masanya untuk mula merancang cara terbaik untuk memanfaatkan sepenuhnya masa rehat anda. Tidak pasti di mana untuk bermula? Tidak perlu melihat terlalu jauh kerana Disney+ Hotstar mempunyai semua rancangan untuk menjadikan rumah anda sebagai pengembaraan terbaik anda yang seterusnya.

Daripada Marvel Studio’s Special yang terbaharu, hinggalah kepada kepulangan wira animasi kegemaran Malaysia - pilih pengembaraan anda daripada senarai seperti berikut:

Ejen Ali Musim 3 Bahagian 2

Ejen Ali membuat kemunculan semula awal tahun ini dan amat dinanti-nantikan peminat dari seluruh negara. Kini, Ejen Ali Musim 3 kembali ke skrin TV anda untuk Bahagian 2, di mana kita kembali kepada keadaan huru-hara yang tercetus di Pusat Sains Cyberaya. Memandangkan pertandingan Arena semakin berkembang, Ali bergelut untuk menyesuaikan diri sekali lagi, manakala pesaing yang tinggal cuba menempah tempat ke kedudukan empat teratas dalam cabaran terakhir.

The Guardians of the Galaxy: Holiday Special

Cuti sekolah tidak lengkap tanpa filem adiwira, dan tahun ini kita dapat meraikannya dengan beberapa wira yang paling dikenali di galaksi. Dalam misi untuk menjadikan perayaan Krismas sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh Quill, pasukan Guardians of the Galaxy menuju ke Bumi untuk mencari hadiah yang sempurna. Dengan gabungan pesta perayaan dan ikatan kekeluargaan yang mengharukan - rancangan ini mesti ditonton oleh keluarga dan rakan pada musim cuti ini.

National Treasure: Edge of History

Cuti adalah masa terbaik menghabiskan masa dengan rakan dan keluarga anda. Jadi, apabila orang asing yang misteri mendedahkan rahsia yang membingungkan tentang bapanya, Jess Valenzuela memulakan pengembaraan untuk mencari harta terhebat yang hilang dalam sejarah dan mendedahkan kebenaran tentang masa lalu keluarganya.

Night at the Museum: Kahmunrah Rises Again

Lapan tahun selepas Larry Daley mengucapkan selamat tinggal kepada Museum of Natural History, kini anaknya kembali untuk mengambil tugas bapanya. Perjalanannya sebagai pengawal malam muzium nampaknya berjalan lancar apabila dia bertemu semula dengan rakan-rakan lama, tetapi keadaan mula berubah apabila Kahmunrah bangkit semula. Kini terpulang kepada Nick untuk menyelamatkan muzium itu dari ancaman.

Terdapat banyak lagi rancangan menarik yang bakal dihidangkan sepanjang musim cuti sekolah ini. Nantikan lebih banyak filem dan siri kisah pengembaraan, semuanya menanti anda di Disney+ Hotstar.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post