Pembikinan filem-filem berasaskan watak penjahat dari komik Spider-Man kini diteruskan oleh SOny Pictures melalui filem Kraven The Hunter. Pelakon Aaron Taylor-Johnson yang sebelum ini melakonkan watak Quicksilver dalam filem Avengers: Age of Ultron bakal tampil membawakan watak tersebut.

Gambar-gambar set penggambaran terbaharu memperlihatkan yang Aaaron kini sedang giat menjalani penggambaran filem Kraven the Hunter. Seperti mana dikongsikan, nampaknya beliau tidak akan mengenakan pakaian kulit haiwan buas seperti mana yang dipaparkan di panel komiknya. Saksikan perkongsian teresebut di bawah:

Ini bukanlah pendekatan baharu oleh Sony Pictures, kerana mereka juga mengambil pendekatan yang sama dalam filem-filem terdahulu mereka. Contohnya, Venom (2018) lakonan Tom Hardy yang meninggalkan terus elemen simbiot daripada sut Spider-Man. Malahan, filem Morbius (2022) yang ditayangkan baru-baru ini juga merubah beberapa elemen penting tentang Morbius yang dikenali dari panel komik Marvel.

Kraven the Hunter dijadualkan untuk tayangan pada tahun hadapan, dan penggambaran kini sedang gfiat dijalankan. Namun, masih belum ada paparan poster, trailer mahupun sinopsis rasmi yang telah didedahkan. Ada kemungkinan kah yang Kraven akan menganggotai pasukan penjahat Sinister Six, seterusnya bertarung dengan Spider-Man (versi Tom Holland) dalam filem-filem Spider-Man akan datang? Sama-sama kita nantikan.



KOMEN ANDA

Previous Post Next Post