Membaca review di Internet, rata-rata memberikan rating yang agak teruk untuk filem terbaharu Sony Pictures, iaitu Morbius. Filem yang berkait secara langsung dengan watak Spider-Man (di komik) ini pada kami OK sahaja, malah lagi OK berbanding satu lagi filem Sony Pictures, iaitu filem Venom: Let There Be Carnage (2021). Jom baca review filem Morbius dari kami.

BERKAITAN: Saksikan Trailer Pertama Filem Morbius - Watak Vampire Dari Komik Marvel

Filem Morbius tidak terlalu membuang masa untuk memperkenalkan watak Dr. Michael Morbius, yang mempunyai penyakit genetik berkait darah yang menyebabkan kesihatannya merosot dengan cepat. Di awal filem, penonton disajikan dengan watak Dr. Morbius yang mencari penawar penyakitnya itu, sehingga membawanya ke sebuah gua di Costa Rica yang didiami ribuan kelawar penghisap darah. Di masa sama, penonton diperkenalkan dengan watak Milo, sahabat kepada Morbius yang juga mempunyai penyakit seakan sama dengannya, dan Morbius bertekad mencari penawar untuk memulihkan dirinya dan Milo, yang juga menjadi penyumbang dana untuk kajian saintifiknya. Setelah beberapa kali percubaan dan mencari penawar, dipendekkan cerita, segala usaha yang dilakukannya seakan membuahkan hasil, menyebabkannya mencuba serum yang dihasilkan terhadap dirinya sendiri. Namun, Morbius berubah menjadi seakan kelawar, dan mempunyai kuasa superhuman. Malah, kesan sampingan terhadap serum itu menyebabkannya dahagakan darah manusia. Lebih memburukkan keadaan, wujudnya seorang penjahat yang juga mempunyai keupayaan sepertinya. Apakah yang bakal berlaku apabila kedua-dua entiti ini bertembung nanti? Jangan lupa saksikan filem Morbius yang kini sedang ditayangkan di pawagam.  

Sejujurnya kami sukar nak percaya dengan komen-komen pedas di Internet tentang filem Morbius ini. Dan terbukti, tekaan kami tepat. Filem Morbius tidaklah seteruk yang disangka. Dengan masa tayangan 1 jam 44 minit, masa tayangan filem Morbius lebih panjang sedikit berbanding satu lagi filem Sony Pictures berdasarkan watak penjahat dari komik Spider-Man, iaitu Venom: Let There Be Carnage (2021). Namun filem Morbius lebih tersusun, dan tidak membuang masa dengan jalan cerita sampingan yang tidak penting, berbeza dengan filem Venom: Let There Be Carnage yang kami rasakan agak bersepah plotnya. Juga tiada elemen komedi yang dipaksa-paksa, sehingga menyebabkan rasa cringe kepada penonton.

BERKAITAN: Poster Terbaharu Filem Morbius Diperlihatkan - Menampilkan Jared Leto

Kami suka dengan cara jalan cerita dan watak-watak dalam Morbius ini progress. Ya, ianya tidaklah sebaik dan sehebat filem-filem MCU, namun jalan cerita filem Morbius ini sangat mudah difahami, terutamanya bagi mereka yang bukanlah pembaca komik Spider-Man dan agak tidak familiar dengan watak Morbius. Kami percaya, tidak ada babak yang membuatkan penonton tertanya-tanya dan lost.

Kami juga menggemari cara filem Morbius menampilkan elemen aksi dan pertarungan, dan cara filem ini mengetengahkan keupayaan echolocation yang dimiliki oleh Morbius selepas menerima DNA kelawar penghisap darah, dan bagaimana CGI menunjukkan cara beliau menggunakan keupayaan tersebut. 

Cuma mungkin ada yang tak perasan, tapi kami rasa semacam ada penggunaan bunyi sountrack filem Batman dalam satu scene melibatkan kelawar yang banyak. Ataupun kami sahaja yang berperasaan begitu?

Nasihat kami, tengoklah sendiri filem ini, dan nilailah sendiri. Jangan hanya bergantung kepada penilaian komen-komen di Internet sahaja. Dan yang penting, jangan letakkan expectation tinggi untuk filem-filem sebegini, kerana ianya bukanlah filem superhero seperti Avengers mahupun Spider-Man.

RATING SEMBANGFILEM: 4/5 bintang

TRIVIA :

1) Ada disebutkan institusi untuk pelajar berkeupayaan khas (gifted) di New York. Ini merujuk kepada Xavier's School for Gifted Youngsters, iaitu sekolah untuk melatih mutant di bawah kendalian Profesor X.

2) Kemunculan akhbar Daily Bugle yang sinonim dengan Peter Parker dan J. Jonah Jameson, yang mana muncul dalam filem Spider-Man: No Way Home.

3) Morbius memperkenalkan diri sebagai "I am Venom" dalam salah satu adegan.

4) Kemunculan watak Adrian Toomes/ Vulture dari filem Spider-Man: Homecoming, yang dilakonkan semula oleh Michael Keaton. Adakah ini petanda untuk filem Sinister Six mungkin?





KOMEN ANDA

Previous Post Next Post