Penggambaran utama untuk filem Extraction 2, filem aksi di Netflix dibintangi Chris Hemsworth dilaporkan telah selesai! Itulah yang diumumkan oleh pengarahnya, Sam Hargrave di Instagram, selepas lebih 4 bulan menjalani penggambaran di Prague, republik Czech. Pada awalnya, penggambaran Extraction 2 dijadualkan di Australia, namun ditukar disebabkan oleh pandemik COVID-19.

BERKAITAN: Saksikan Trailer Filem Netflix Bertajuk Extraction - Lakonan Chris Hemsworth

Extraction 2 diarahkan oleh Sam Hargrave, dan buat masa ini hanya Chris Hemsworth yang disahkan kembali untuk filem kedua itu dari barisan pelakon filem pertama. Beliau kembali melakonkan watak askar upahan, iaitu Tyler Rake yang kali terakhir dilihat dalam filem terdahulu mempunyai kecederaan akibat tembahan di leher. 

Filem Extraction (2020) mengambil latar dunia gelap penuh dengan penyeludup senjata haram dan pengedar dadah, di mana seorang kanak-kanak terperangkap dan menjadi mangsa. Ianya menjadi salah satu filem Netflix paling banyak ditonton dan mendapat komen yang bagus dari penonton.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post