Marvel baru sahaja memperlihatkan sedutan video terbaharu untuk filem mereka, Doctor Strange in the Multiverse of Madness, yang memperlihatkan Wong dan Wanda a.k.a Scarlet Witch bergabung untuk menentang suatu makhluk yang tidak dikenalpasti. 

Saksikan sedutan video tersebut di bawah: 

BERKAITAN: Trailer Doctor Strange in the Multiverse of Madness Diperlihatkan, Ada Professor X!

Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness merupakan filem terbaharu dari Marvel Studios dan akan ditayangkan bermula 4 Mei 2022 di Malaysia, iaitu Hari Raya Aidilfitri kedua! Ianya merupakan filem kelima Marvel Studios dalam senarai MCU Phase 4 selepas kejayaan filem Spider-Man: No Way HomeDoctor Strange in the Multiverse of Madness lebih bertemakan seram dan elemen magikal, dan diarahkan oleh Sam Raimi, yang tidaklah asing dalam dunia filem Marvel kena pernah mengarahkan trilogi filem Spider-Man lakonan Tobey Maguire sebelum ini. 

Doctor Strange in the Multiverse of Madness menyaksikan Benedict Cumberbatch tampil semula sebagai Doctor Strange dan implikasi yang timbul akibat kejadian yang berlaku di penghujung filem Spider-Man: No Way Home. Satu musuh baharu akan muncul dan dunia multiverse yang disahkan wujud, dan Doctor Strange akan berdepan dengan pelbagai ancaman baharu, termasuklah beberapa versi dirinya sendiri (yang telahpun ditunjukkan dalam trailer sebelum ini). Beliau akan berganding bahu dengan Wong (lakonan Benedict Wong) dan Wanda (lakonan Elizabeth Olsen), yang kali terakhir dilihat dalam siri Disney+ WandaVision, selain turut dibantu watak baharu yang kami pertama ditampilkan di layar perak, iaitu America Chavez (lakonan Xochitl Gomez).


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post