Siri terbaharu Disney+ bertajuk Obi-Wan Kenobi yang sebelum ini dijadualkan untuk tayangan bermula 25 Mei 2022, kini telah dianjakkan sedikit kepada 27 Mei 2022. Dan pada tarikh tersebut, bukan sahaja satu episod, tetapi dua episod terus akan ditayangkan di saluran penstriman Disney+ milik Disney!

Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh pemegang watak Obi-Wan Kenobi, Ewan McGregor di laman Twitter rasmi Star Wars.

BERKAITAN: Akhirnya Trailer Obi-Wan Kenobi Diperlihatkan - Bakal Ditayangkan Di Disney+ Mei Ini

Siri Obi-Wan Kenobi ini juga menandakan kemunculan semula Hayden Christensen sebagai Darth Vader, yang kali terakhir muncul dalam filem Star Wars: Episode III - Revenge of the Sith. Selain itu, ianya turut dibintangi oleh Joel Edgerton (sebagai Owen Lars), Bonnie Piesse (sebagai Beru Whitesun Lars), Rupert Friend (sebagai Grand Inquisitor), Moses Ingram (sebagai Reva/ Third Sister), Sung Kang (sebagai Fifth Brother), dan Indira Varma (sebagai seorang pegawai Imperial).

Siri Obi-Wan Kenobi ini diarahkan oleh Deborah Chow dan diolah oleh Joby Harold.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post