Disney+ telah memperlihatkan trailer pertama siri WandaVision, yang kini disahkan sebagai siri MCU pertama untuk saluran penstriman berkenaan. Saksikan trailer WandaVision di bawah : 


Berlatarkan tahun 1950-an, WandaVision akan menyaksikan Elizabeth Olsen dan Paul Bettany menyambung watak mereka dari filem sebagai Wanda Maximoff /Scarlet Witch dan Vision. Dijangkakan yang siri WandaVision akan menjelaskan bagaimana Vision kembali selepas 'kematiannya' di penghujung filem Avengers: Infinity War. Selain mereka berdua, Kat Dennings (melakonkan watak Darcy dalam filem Thor) dan Randall Park (melakonkan watak ejen FBI Jimmy Woo dari filem Ant-Man and the Wasp) turut akan muncul dalam siri tersebut.

Beberapa gambar dari set penggambaran yang didedahkan sebelum ini turut mengesahkan penampilan pasukan khas Sentient World Observation and Response Department atau S.W.O.R.D., yang merupakan subdivision S.H.I.E.L.D. yang berurusan dengan ancaman makhluk asing yang mengancam keselamatan dunia. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post