Filem solo Black Widow yang sebelum ini dijadualkan untuk tayangan pada November 2020, kini ditunda ke Mei 2021.

Filem solo Black Widow lakonan aktres Scarlett Johansson, yang sebelum ini dijadualkan untuk tayangan pada November tahun ini, kini telah ditunda ke 7 Mei 2021. 

Johansson mula melakonkan watak Natasha Romanoff/ Black Widow sejak filem Iron Man 2, sebelum menjadi antara watak utama yang tampil dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe. Watak Black Widow menjadi antara watak penting dalam filem Captain America: Winter Soldier dan Captain America: Civil War. Selepas 'kematian'nya dalam filem Avengers: Endgame, ramai peminat tertanya-tanya bagaimana watak berkenaan akan 'hidup semula' untuk filem solo Black Widow nanti, sebelum disahkan yang filem Black Widow mengambil latar sebelum kejadian yang berlaku dalam filem Captain America: Civil War.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post