Trailer rasmi filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness akhirnya diperlihatkan semasa acara Super Bowl LVI. Saksikan trailer rasmi Doctor Strange in the Multiverse of Madness di bawah :


Dibintangi Benedict Cumberbatch, filem Marvel Cinematic Universe terbaharu itu dijadualkan untuk tayangan pada 6 Mei 2022 (5 Mei 2022 tayangan di Malaysia). Lebih mengejutkan apabila ada kelibat Professor X (versi Patrick Stewart) dalam trailer tersebut, menjadikan ianya sebagai kemunculan pertama watak X-Men dalam MCU!

BERKAITAN: Sam Raimi Mengesahkan Beliau Akan Mengarahkan Filem Doctor Strange In The Multiverse Of Darkness

Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness merupakan filem MCU pertama yang mengetengahkan elemen seram dan mistik, menyaksikan Benedict Cumberbatch kembali melakonkan watak Dr. Stephen Strange. Satu lagi watak besar yang telah disahkan muncul dalam filem ini adalah Scarlet Witch, lakonan Elizabeth Olsen (siri Disney+ WandaVision adalah berkait langsung dengan filem ini). Doctor Strange in the Multiverse Madness juga akan terkait secara langsung dengan kejadian yang berlaku dalam siri Disney+ Loki dan filem Spider-Man: No Way Home.


BERKAITAN: Marvel Studios Menangguhkan Tayangan Filem Doctor Strange In The Multiverse Of Madness Ke Tahun 2022

Selain Cumberbatch, filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness menampilkan semula Chiwetel Ejiofor, Benedict Wong, dan Rachel McAdams, yang menyambung watak mereka sebelum ini sebagai  Mordo, Wong dan Dr. Christine Palmer. Selain itu, filem ini juga akan menyaksikan buat pertama kalinya penampilan watak America Chavez di layar perak, yang dilakonkan oleh Xochitl Gomez.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post