Poster filem terbaharu manga dan anime terkenal, One Piece Film: Red telah diperlihatkan, menunjukkan Luffy dengan pakaian dan kelengkapan terbaharunya, berbeza dari gambaran pakaiannya yang diasa dilihat dalam anime dan manga One Piece sebelum ini. 

Saksikan poster One Piece Film: Red di bawah:

Filem terbaharu manga dan anime terkenal One Piece itu akan memfokuskan kepada watak Shanks, ketua kepada lanun Red Hair Pirates salah satu daripada Four Emperors. Shanks merupakan watak penting dalam kisah dalam siri One Piece, kerana dia merupakan inspirasi kepada watak utama One Piece, iaitu Monkey D. Luffy untuk menjadi seorang lanun, dan merupakan watak yang memberikan topi jerami ikonik yang dipakai oleh Luffy.

One Piece Film: Red diarahkan oleh Goro Taniguchi melalui skrip yang ditulis oleh Kuroiwa Tsutomu. Pengasas manga One Piece iaitu Eiichiro Oda akan bertindak sebagai produser dan penyelia utama untuk filem tersebut. 

One Piece Film: Red dijadualkan untuk tayangan pada 6 Ogos 2022.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post