SembangFilem_Aaron_Taylor_Johnson_Quicksilver

Sambungan filem The Avengers telahpun diumumkan akan memakai tajuk The Avengers: Age of Ultron. Dan telahpun diumumkan sebelum ini bahawa filem sambungan The Avengers ini akan menampilkan dua watak baru iaitu Quicksilver dan Scarlet Witch. Peminat komik umum mengetahui bahawa Quicksilver dan Scarlet Witch adalah anak kepada mutant Magneto dari siri X-Men.

Dan sekarang pemegang watak Quicksilver telahpun dikenalpasti, iaitu Aaron Taylor-Johnson, lebih dikenali sebagai pemegang watak utama dalam filem Kick-Ass. Masih belum ada pengumuman rasmi tentang siapa yang akan membawakan watak Scarlet Witch dalam filem The Avengers: Age Of Ultron nanti.

quicksilver_sembangfilem

Menurut komik, Quicksilver mempunyai superpower yang membolehkannya bergerak dengan pantas. Disebabkan oleh pertindihan kontrak dengan 20th Century Fox yang menerbitkan filem X-Men, kisah Quicksilver dan Scarlet Witch terpaksa diubahsuai sedikit untuk mengelakkan kemungkinan perlanggaran hakcipta. Walaupun watak itu sendiri adalah ciptaan Marvel Comics, tetapi Marvel tidak mempunyai hakcipta untuk menyatakan kedua-dua watak ini merupakan anak kepada Magneto, ataupun melabelkan mereka sebagai mutant.


Sumber dari CinemaBlend

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post