Netflix telahpun memperlihatkan trailer penuh siri terbaharu mereka, bertajuk The Sound of Magic, yang mengisahkan tentang Yoon Ah-yi – seorang remaja perempuan yang tidak lagi mengejar cita-citanya apabile berdepan realiti – dan Na Il-deung – seorang remaja lelaki yang dipaksa untuk memenuhi cita-citanya. Namun segalanya berubah apabila mereka bertemu dengan ahli sihir misteri bernama Rieul.

Saksikan trailer siri The Sound of Magic di bawah:


Siri drama fantasi muzik ini adalah berdasarkan webtoon Annarasumanara yang ditulis dan diilustrasikan oleh Ha Ilkwon, yang menerima pujian kerana dengan bijaknya berjaya mengetengahkan watak-watak dalam dunia magikal dengan identiti tersendiri, disulami aspek visual dan koreografi yang menarik.



Siri The Sound Of Magic dibarisi pelakon seperti Ji Chang-wook, Choi Sung-eun dan Hwang In-youp. Ji Chang Wook melakonkan watak Rieul, seorang ahli sihir yang diselubungi misteri. Choi Sungeun melakonkan watak Yoon Ah-yi, manakala Hwang In Youp melakonkan watak Na Il-deung, di mana kedua-dua mereka adalah dua remaja yang terperangkap antara realiti dan mimpi.

The Sound of Magic akan mulai ditayangkan di Netflix bermula 6 Mei 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post