Netflix baharu sahaja mengumumkan tayangan siri terbaharu mereka, bertajuk The Sound of Magic, yang akan ditayangkan bermula 6 Mei 2022. The Sound of Magic mengisahkan tentang Yoon Ah-yi – seorang remaja perempuan yang tidak lagi mengejar cita-citanya apabile berdepan realiti – dan Na Il-deung – seorang remaja lelaki yang dipaksa untuk memenuhi cita-citanya. Namun segalanya berubah apabila mereka bertemu dengan ahli sihir misteri bernama Rieul.

Teaser poster siri The Sound of Magic juga telah diperlihatkan oleh Netflix. Menurut sinopsis ringkas Netflix, Rieul merupakan ahli sihir misteri yang tinggal di sebuah taman tema terbiar, dan menimbulkan pertanyaan dan kesangsian kepada jiran-jiran sekitar. Rieul akhirnya bertemu dengan Yoon Ah-yi dan  Na Il-deung, memberikan mereka berdua satu pengalaman magikal yang tidak pernah mereka alami sebelum ini. 

Siri The Sound Of Magic dibarisi pelakon seperti Ji Chang-wook, Choi Sung-eun dan Hwang In-youp. Ji Chang Wook melakonkan watak Rieul, seorang ahli sihir yang diselubungi misteri. Choi Sungeun melakonkan watak Yoon Ah-yi, manakala Hwang In Youp melakonkan watak Na Il-deung, di mana kedua-dua mereka adalah dua remaja yang terperangkap antara realiti dan mimpi.

Siri drama fantasi muzik ini adalah berdasarkan webtoon Annarasumanara yang ditulis dan diilustrasikan oleh Ha Ilkwon, yang menerima pujian kerana dengan bijaknya berjaya mengetengahkan watak-watak dalam dunia magikal dengan identiti tersendiri, disulami aspek visual dan koreografi yang menarik.

 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post