Mengejutkan! Itulah yang berlaku ketika acara Anugerah Academy. Dalam satu sedutan video yang dikongsikan di media sosial, aktor Will Smith telah menampar pelawak, Chris Rock di atas pentas, apabila pelawak itu membuat lawak ketika mengacarakan Anugerah Academy 2022 berkait dengan isteri Will Smith, iaitu aktres Jada Pinkett Smith, yang mencukur botak kepalanya.

Saksikan video tersebut di bawah :

Pada awalnya, While Smith dilihat hanya tertawa kecil sahaja berkenaan jenaka tersebut. Namun, di sebelahnya, Jada kelihatan tidak senang dengan jenaka yang dibuat oleh Chris. Tidak lama selepas itu, Will kelihatan berjalan menuju ke pentas dan berjalan ke arah Chris, sebelum menampar pelawak itu.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Chris 'mencari pasal' dengan Jada, kerana pernah melakukan perkara sama ketika mengacarakan Anugerah Academy pada 2016.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post