Filem The Informer yang kini ditayangkan di Netflix, mengisahkan tentang seorang ejen undercover yang terperangkap dan terdesak untuk menghabiskan perintah pengawasan parolnya dan memulakan hidup baharu bersama isteri dan anak perempuannya. Filem The Informer adalah berdasarkan dari sebuah novel jenayah Sweden bertajuk Three Seconds karya Roslund dan Hellström.
Filem The Informer diarahkan oleh Andrea Di Stefano, dan dibintangi oleh Joel Kinnaman (sebagai Pete Koslow), Rosamund Pike (sebagai Wilcox), Ana de Armas (sebagai Sofia Koslow) dan Common (sebagai detektif Edward Grens).
Filem The Informer ini kelihatan biasa sahaja dan tiada elemen-elemen yang di luar dari kebiasaan. Ianya filem tipikal aksi dengan watak orang jahat bertukar menjadi baik, pegawai penjara yang korup, ejen FBI yang sanggup menggunakan apa cara sekalipun untuk menyelesaikan misi mereka, dan konflik keluarga di mana seorang bapa cuba memenangi semula hati anak perempuannya yang melihatkan sebagai seorang yang tidak baik.
Pada pandangan kami, pengakhiran filem The Informer boleh dibuat dengan lebih baik lagi, kerana kami merasakan penamatnya adalah tergantung dan seperti membuka laluan untuk sambungan filem. Ataupun mungkin pengarahnya sahaja meninggal tanda tanya kepada penonton, dan ada filem The Informer 2 mungkin?
RATING SEMBANGFILEM : 3.5/5 bintang
Post a Comment