Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum filem Marvel terbaharu terbitan Sony Pictures, iaitu Morbius ditayangkan di pawagam, dan pengarah filem tersebut, Daniel Espinoza telah memberikan beberapa hint untuk filem tersebut!

Sejak trailer pertama Morbius ditayangkan lagi, peminat filem telah disajikan dengan pendedahan kemunculan Michael Keaton yang melakonkan kembali watak sebagai Adrian Toomes/ Vulture yang kali terakhir dilihat dalam Spider-Man: Homecoming (2017). Terbaharu, dalam satu temuramah bersama Cinemablend, Espinosa mengesahkan yang Adrian Toomes adalah individu sama yang muncul menentang Spider-Man dalam filem Spider-Man: Homecoming itu, dan bukanlah varian dari universe lain. 

Menurut Espinosa :

“At the end of Venom: Let There Be Carnage, and Spider-Man: No Way Home, and in No Way Home itself, it is clearly established that it is possible for characters to transfer from one Multiverse to another. The events of No Way Home had the effect of transferring Venom and Vulture (and maybe others) back and forth between the MCU and the Venom Universe”.

BERKAITAN: Poster Terbaharu Filem Morbius Diperlihatkan - Menampilkan Jared Leto

Untuk lebih jelas lagi, Espinosa juga turut mengesahkan yang Morbius wujud dan hidup dalam universe yang sama dengan Venom, iaitu satu lagi filem terbitan Sony Pictures. Dan ianya menjadi semakin menarik apabila diajukan persoalan samada Spider-Man turut wujud dalam universe tersebut. Dan apa jawapan Espinosa? Jawapan beliau adalah: Ya! Spider-Man versi mana yang wujud dalam universe tersebut? Persoalan ini sahaja yang masih belum terjawab lagi.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post