Setelah beberapa kali tertunda, akhirnya kini pasti! Sekali lagi, Paramount Pictures telah memperlihatkan trailer filem Top Gun: Maverick yang dijadualkan untuk tayangan bermula 26 Mei 2022! Tidak sahlah filem Top Gun jika tiada adegan aksi pesawat tempur terbang di udara kan? Dan itulah yang ditampilkan dalam trailer terbaharu itu.

Saksikan trailer Top Gun: Maverick di bawah :

BERKAITAN: Rasmi! Filem Top Gun: Maverick Dan Mission Impossile 7 Ditunda Lagi

Filem Top Gun: Maverick akan menampilkan jalan cerita berlatarkan teknologi persenjataan kini yang menggunakan teknologi dron dan kepintaran buatan, menggantikan peranan juruterbang dalam pesawat moden. Watak Maverick (ditampilkan semula oleh Tom Cruise) kini merupakan seorang jurulatih penerbangan, yang melatih Bradley Bradshaw (lakonan Miles Teller), yang merupakan anak kepada rakan penerbangan Maverick suatu masa dulu, iaitu Nick “Goose” Bradshaw yang meninggal dunia dalam satu kemalangan semasa latihan. Filem Top Gun: Maverick turut dibintangi Jon Hamm, Val Kilmer, Jennifer Connelly, Glen Powell dan Ed Harris.

Filem Top Gun ditayangkan pada 1986 dan diarahkan oleh Tony Scott, yang menjadi hit sehingga menyaksikan peningkatan orang awam yang ingin menjadi juruterbang, terutamanya juruterbang untuk Tentera Udara Amerika Syarikat. Filem Top Gun turut dibintangi oleh Kelly McGillis, Anthony Edwards dan Tom Skerritt. Filem tersebut memenangi Anugerah Academy untuk Lagu Asal Terbaik bagi lagu Take My Breath Away oleh Berlin. Pada 2015, United States Library of Congress memilih filem itu untuk disimpan dalam National Film Registry.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post