Sharon Stone akan muncul dalam filem terbaharu DC? 

Begitulah khabar yang kami terima, apabila aktres itu dikhabarkan akan tampil dalam filem DC, sekaligus membarisi dunia filem DC Extended Universe (DCEU).

Malah, khabar itu turut menyatakan yang Sharon akan melakonkan watak sebagai penjahat! Menurut laporan oleh Deadline, bintang filem sensasi Basic Instinct itu akan melakonkan watak sebagai Victoria Kord, yang merupakan isteri kepada Ted Kord (yang menurut komik, adalah merupakan Blue Beetle kedua). 

Menurut komik, watak pertama yang mendapat kuasa Blue Beetle adalah Dan Garret, diikuti oleh Ted Kord, dan Jaime Reyes sebagai Blue Beetle ketiga. Kuasa Blue Beetle diperolehi daripada kumbang Blue Beetle yang 'melekapkan' dirinya di tulang belakang hosnya, dan memberikan keupayaan kepada hosnya untuk menggunakan sebuah sut unik yang boleh memberikan kuasa luarbiasa dan menghasilkan senjata canggih mengikut kehendak hos tersebut. 

Filem Blue Beetle diarahkan oleh Angel Manuel Soto, menampilkan Xolo Maridueña sebagai Jaime Reyes, selain turut menampilkan Harvey Guillén, Bruna Marquezine, dan Belissa Escobedo.

Filem Blue Beetle pada asalnya hanyalah sebuah projek filem untuk tayangan di HBO Max sahaja, sebelum di'naik taraf' dan kini dijadualkan untuk tayangan di pawagam bermula 18 Ogos 2023. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post