Siri Welcome To Derry, yang merupakan prekuel kepada filem It, dilaporkan kini sedang dalam perancangan dan akan ditayangkan di saluran HBO Max.

Menurut laporan awal oleh Variety, siri prekuel tersebut bertajuk Welcome To Derry, dan memfokuskan kepada kisah di pekan Derry sekitar tahun 1960-an sehinggalah membawa kepada kejadian yang berlaku dalam filem It (2017) berdasarkan novel karya penulis novel seram ikonik, Stephen King. Siri prekuel tersebut juga akan menunjukkan asal usul badut Pennywise, watak misteri dan mistik yang menghantui pekan Derry.

Dilaporkan juga yang pengarah filem It dan It Chapter Two (2019) iaitu Andy Muschietti, akan bertindak sebagai penerbit eksekutif.

BERKAITAN: Poster It Chapter Two Diperlihatkan Secara Rasmi!

Filem-filem It telah mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak lebih USD1.1 bilion. Filem terbaharu, It Chapter Two (2019), mengambil latar 27 tahun selepas kejadian dalam filem It (2017), dan memperkenalkan watak-watak baru lakonan oleh Jessica Chastain, James McAvoy, Bill Hader, Isaiah Mustafa, Jay Ryan, James Ransone, dan Andy Bean.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post